Ini merupakan salah satu perkara penting bagi menjamin kereta anda selamat di jalan raya. Sebab itulah anda perlu memahami sebanyak mungkin perkara tentangnya. Dalam artikel ini anda akan diberikan penjelasan ringkas mengenai apa itu insurans kereta dengan bahasa yang lebih mudah. Setiap pemandu di negara ini tahu bahawa mereka perlu mendapatkan pelindungan insurans kereta sebelum kenderaan tersebut dipandu di atas jalan raya. Namun begitu, kebanyakan orang tidak memahami dengan jelas tentang insurans kereta. Selalunya, jika tidak berlaku kemalangan, kebanyakan orang tidak akan memikirkan tentang insurans mereka. Dengan mengetahui secara lebih mendalam tentang insurans kereta, ia akan dapat membantu anda itu membuat keputusan yang tepat. Artikel ini akan menghuraikan perkara asas yang perlu anda ketahui tentang insurans kereta.
Apa Itu Insurans Kereta?
Bergerak dari titik A ke titik B merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Sama ada ia untuk tujuan kerja atau pun berseronok. Semua orang perlu bergerak. Walaupun begitu, tidak mudah untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini kerana kemalangan boleh berlaku dan menyebabkan kerosakan harta benda dan juga kenderaan. Ia juga boleh menyebabkan kecederaan dan lebih teruk lagi, kehilangan nyawa. Insurans kereta merupakan salah satu cara yang dijamin boleh membantu anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ia dapat membantu anda untuk menampung perbelanjaan akibat daripada kejadian yang tidak diingini ini. Sesetengah insurans kenderaan adalah wajib, manakala yang selainnya pula hanyalah untuk kemudahan anda. Kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis insurans kenderaan yang terdapat diluar sana.
Jenis Insurans Kereta
Anda boleh menginsuranskan kenderaan anda melalui pelbagai tahap yang berbeza. Berikut merupakan beberapa pecahan jenis insurans kereta yang ada di Malaysia pada hari ini dan perkara penting yang perlu anda tahu tentangnya.
Pelindungan Pihak Ketiga
Mengikut undang-undang, anda mesti mendapatkan insurans jenis ini sekiranya anda ingin memandu kereta anda. Insurans jenis ini akan memberikan pelindungan kewangan khusus kepada anda sekiranya anda terlibat dalam kemalangan. Ia dikenali sebagai insurans pihak ketiga kerana ia akan menanggung kos kerosakan yang anda akibatkani pada pemandu kenderaan atau orang lain. Pakej ini tidak akan menanggung kerosakan kenderaan anda. Selain itu pelindungan jenis ini juga tidak merangkumi pelindungan dari kecurian, kebakaran, atau bencana alam.
Pelindungan Pihak Ketiga, Kebakaran Dan Juga Kecurian
Ini merupakan pakej insurans kereta yang lebih komprehensif. Pakej jenis ini tidaklah wajib. Sama seperti pakej asas pelindungan pihak ketiga, ia akan melindungi dan membayar sebarang kerosakan, atau kos perubatan yang telah anda akibatkan kepada pemandu atau kenderaan lain. Sama juga seperti pelindungan pihak ketiga, ia tidak akan menanggung kos untuk membaiki kenderaan anda. Tetapi ia akan melindungi anda dari insiden kecurian dan juga kebakaran yang tidak disengajakan.
Perlindungan Komprehensif
Insurans kenderaan jenis ini menggabungkan perkara terbaik dari kedua-dua pakej di atas. Ia memberikan pelindungan pihak ketiga bersama dengan pelindungan daripada kecurian dan juga kebakaran yang tidak disengajakan Pakej insurans komprehensif turut memberikan pelindungan kewangan kepada anda untuk kesemua kos kerosakan kereta anda akibat daripada kemalangan.
Anda juga perlu tahu bahawa, tidak ada pakej insurans kereta yang akan menanggung perbelanjaan perubatan untuk anda atau penumpang kenderaan anda yang turut terlibat dalam kemalangan. Kesimpulannya insurans kereta adalah wajib atas faktor perundangan. Selain daripada mengambil pakej insurans yang wajib, mempertimbangkan untuk mendapatkan pelindungan tambahan yang bersesuaian dengan anda, merupakan satu idea yang baik.